Freelance Writer, Translator, Editor & Blogger in One Roof

Hello, there! Welcome to Writer-4-Hire.net

If you wish to see my Freelance Writing Service offer,

please feel free to click on the link above and you will

be redirected to my services page.

Thank You!


Dari Freelance Writer ke Blogger: 3 Cara Meningkatkan Asas Penulisan Blog

Salam sejahtera semua. Seharian semalam saya blur tapi bukan sampai tahap kena writer’s block sebab mood untuk menulis memang tak muncul sepanjang hari. Mungkin sebab ada sesuatu yang ganggu fikiran. Yelah.. Saya dah pun mula melapor diri ke rutin 9-5 lepas hampir 2 bulan mengambil sabbatical dari rutin tersebut. Tapi hari ini saya bukan nak menceritakan tentang kenapa saya mengambil sabbatical tersebut. Hehe…

Berbalik kepada tajuk yang saya nak kongsikan dengan anda, kiranya satu cadangan/teguran/etc dari seorang freelance writer ke sahabat-sahabat bloggernya, berkenaan 3 cara meningkatkan asas penulisan. (more…)


Blogger Yang Terkentut GOTCHA Call!

Kelas dah bermula. Tugasan yang lepas iaitu Blogger Yang Terdesak memang mendapat sambutan mantap. Bagi projek sains kelas blogging En Rohaizad kali ini pula pelajar diberikan tajuk yang paling mencabar (minda).  Memang tajuk paling mencabar yang pernah saya terima sepanjang pembabitan saya dalam dunia freelance writing. Setakat menulis artikel pasal traveling, health, gold investment, academic report writing, atau lain-lain dah jadi kebiasaan. Tapi… untuk menulis entri tentang Blogger Yang Terkentut macam mana pula? Takkan saya nak bercerita pasal asal kejadian kentut atau laporan pasal kitaran angin dalam perut sampai bertukar jadi angin kentut? Ish, ish, ish… Lari dari job scope yang saya pohon dah tu! (more…)


3 Tabiat yang Perlu Elak Ketika Menulis Entri Blog

Salam sejahtera semua. Harap anda semua sihat sejahtera pada malam ke 18 Ramadan 1431H ini. Kali ini saya ingin menyentuh tentang 3 tabiat yang perlu kita elak ketika menulis entri blog. Sebenarnya tak kira entri apa, kita perlu tahu bagaimana untuk menguruskan apa yang ingin kita tulis dalam blog dengan betul walaupun blog itu bukan blog yang dikemaskini dengan artikel setiap hari.

Masih ramai yang berfikir blogging ini sebenarnya adalah sesuatu yang aktiviti amatur atau tidak penting tapi ramai yang dah berjaya jana pendapatan dengan hanya berblogging. Kalau anda tak percaya, cuba lihat satu entri dalam blog En Rohaizad. Bukan satu entri saja yang beliau pamerkan hasil bloggingnya tapi banyak lagi sampai tak tersenarai oleh saya! (more…)


Update EzineArticles Submission

Salam sejahtera kepada semua.

Saja nak tulis satu entri pendek untuk memaklumkan kepada anda semua yang artikel kedua saya baru saja diterima dan  disiarkan dalam EzineArticles. Tajuk entri itu ialah “Common Reasons to Hire a Personal Trainer” yang dimasukkan dalam kategori Health & Fitness. Artikel yang saya tulis ini berkaitan dengan idea menulis unique article di mana saya ada tekankan tentang menulis sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran seharian kita. (more…)


Tips Bercakap dengan Pembaca Melalui Penulisan

Salam sejahtera semua.

Pada hari ke 14 kita berpuasa ini, saya nak berkongsikan lagi satu tips penting untuk memikat hati pembaca iaitu tips bercakap dengan pembaca melalui penulisan. Sebenarnya tips ini bukannya tips baru. Saya pasti anda, terutama yang sangat suka menulis blog tahu tapi tak ramai yang dapat kuasai kaedah ini dengan berkesan.

Penulisan efektif boleh mendatangkan kesan bila anda tahu siapa pembaca anda, dan berhubung dengan mereka dengan gaya bahasa yang mereka suka. Bila pembaca rasa yang anda sedang bertegur sapa dengan mereka, mesej yang anda sampaikan akan jadi lebih jelas dan kecenderungan untuk mereka menerima nasihat atau pujukkan anda adalah lebih tinggi. Contoh terbaik yang saya nak kongsikan dengan anda ialah penulis surat jualan (salesletter). Ada yang baca sekali dah terpukau dan terus membeli produk yang dijual oleh surat jualan tersebut. (more…)


Idea Menulis Unique Article Ada Di Mana-mana

Salam sejahtera semua.

Kali ini saya ingin berkongsi satu tips menulis unique article dengan hanya menggunakan idea-idea yang anda perolehi di sekeliling anda. Dan kalau anda nak tahu, menulis unique article sebenarnya mudah bila anda gunakan persekitaran yang anda alami untuk mendapatkan inspirasi.

Selalunya persekiratan yang banyak kita hadapi adalah persekitaran tempat kerja di mana kita sekurang-kurangnya menghabiskan 8 jam di pejabat, melakukan perkara yang kita mahir berbanding dengan orang lain. Konsep ini juga boleh digunapakai dalam penulisan dan pemasaran artikel seperti kebanyakkan aktiviti lain juga. (more…)


Page 1 of 131234510...Last »
Developed Exclusively by BuildAWordPress | Hosted by Just Host